Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali ditamatkan secara rasmi pada jam 12 tengah hari Ahad.<br /><br />Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, penamatan misi SAR itu dibuat selepas pihaknya berpuas hati tiada lagi mangsa yang terlibat dan hilang dalam kejadian berkenaan.